Tamatlah riwayat Coway

Tamatlah riwayat Coway…

Suspense.

Bukan. Coway masih lagi wujud di Malaysia. Masih beroperasi. Cuma aku sudah tamatkan langganan Coway dan beralih arah ke Cuckoo. Satu lagi jenama water purifier yang ada dekat Malaysia ni. Sebenarnya, ada banyak lagi jenama yang ada. Dua jenama ni yang paling orang kenal dan banyak dijual.

 

Bagaimana bermula dengan Coway?

model coway

Semuanya bermula dua tahun lepas. Mak aku tanya, bolehke dia nak pasang Coway dekat rumah di kampung. Dan, setujuke kalau aku bayarkan untuk dia setiap bulan. Aku iyakan sahaja. Sebab dia cakap, senang kerja dia. Tak perlu nak masak air panas. Bila sejuk, tak perlu nak bertukar bekas. Dengan Coway, dia picit sahaja. Terus boleh minum.

Memikirkan  dia pun tak berapa sihat nak buat kerja-kerja dapur. Aku setuju dengan idea ini.

Proses pesanan dan pemasangan tu aku skip. Itu kau boleh tanya mana-mana ejen Coway. Haha! Apapun, mak gembira selepas ada Coway. Bila mak gembira, aku pun senang hati. Adik-beradik yang balik sekali-sekala pun senang nak buat susu untuk anak. Aku sendiri pun memang kuat minum air putih.

Kenapa Cuckoo?

bertukar kepada cuckoo

Aku terbaca dalam satu blog tentang proses tamatkan langganan Coway. Jadi, aku cubalah buat panggilan. Rupanya, aku sudah langgan selama 2 tahun. Jadi, kalau nak terminate, boleh buat tanpa sebarang denda. Cuma perlu bayar apa-apa caj bulanan yang tertunggak. Jadi, aku teruskan proses tamatkan langganan ni.

Memandangkan mak masih perlukan water purifier macam ni, aku cubalah buat survey. Baru teringat, kawan lama zaman diploma pun adalah ejen Cuckoo. Jadi, setelah ber-whatsapp panjang lebar, aku buat keputusan untuk ambil King Top. Bayaran bulanan juga 50% lebih murah daripada model Coway sebelum ni.

Oklah tu. Sihat untuk tubuh badan dan poket aku. Haha!

Jadi, aku mulakan proses melanggan Cuckoo dengan kawan aku ni. Proses dia tak adalah rumit mana. Beri sahaja maklumat yang dia nak. Semuanya melalui Whatsapp. Mudah betul berniaga zaman sekarang. Dan sehari selepas itu, HQ-nya sudah telefon aku untuk aturkan pemasangan. Pantas betul bekerja.

Ini aku suka.

Paling penting, mak masih lagi dapat guna. Masih dapat air panas dan sejuk tanpa perlu bersusah-payah. Dan, itu sahajalah yang aku nak. Nak dia gembira. Walaupun nilai duit tak seberapa, kemudahan dia yang aku fikirkan. Dia pun tak berapa sihat. Kena sentiasa cukup air putih. Ada orang panggil air masak. Apa-apa sajalah. Asalkan air.

Dan, begitu jugalah bagaimana aku buat keputusan untuk sertai Cuckoo. Sebab aku percaya, ramai anak-anak yang cari jalan nak bantu ibu dan ayah di kampung tapi tak banyak sumber kewangan. Inilah satu cara bagaimana nak balas budi mak ayah. Walaupun nilainya kecil, ingatan tu yang penting.

Pada sesiapa yang nak langgan Cuckoo untuk mak di kampung, boleh Whatsapp  aku di 016-270 9425

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *