The Richest Man in Babylon – Ilmu Urus Duit

The Richest Man in Babylon antara buku yang aku cukup suka. Oh ya, selain suka minum air, aku suka baca buku. Ini salah satu hiburan untuk aku.

Satu hari, aku tulis status Facebook tentang hari jadi aku tak lama lagi. Dan, bagi yang kenal aku, hadiah buku antara hadiah bermakna kalau nak beri.

Sebulan kemudian, ada kawan yang aku hanya kenal dalam Facebook berikan buku ini sebagai hadiah. Memang aku gembira sungguh. Macam budak-budak yang baru dapat mainan idaman.

The Richest Man in Babylon

Buku The Richest Man in Babylon ini sebenarnya dah lama. Asalnya ditulis dalam bentuk newsletter oleh George C Classon pada 1926. Untuk ajarkan pada orang, ilmu tentang duit.

Ilmu mencari duit, menguruskan duit dan mengembangkan duit. Ilmu dalam buku sangat asas. Dia guna bahasa Inggeri lama. Mungkin susah sikit nak faham tapi ilmu dalam buku ni, kalau diamalkan, bolehlah selesai masalah poket yang sering kosong dan menipis.

Antara ilmu utama dalam buku ni adalah Seven Cures to A Lean Purse.

Ilmu duit kena belajar

Kita semua tak diajar sangat tentang pengurusan kewangan yang betul. Kalau ada, mungkin selepas dah terjerat dengan masalah hutang yang menimbun.

Aku tak pasti silibus sekarang.

Zaman aku sekolah, tak banyak ilmu pengurusan kewangan diberikan. Persekitaran pun tak ada galakan untuk belajar uruskan duit. Hanya diajar cara untuk belajar sungguh-sungguh, dapatkan diploma dan ijazah supaya dapat kerja yang bagus akhirnya.

Tak diajar bagaimana mengatur perbelanjaan dengan baik.

Apa lagi ilmu mengembangkan duit tu supaya boleh jadi kaya macam orang lain.

Buku ni ajar cara asas nak urus duit supaya satu hari nanti, boleh juga capai apa yang orang kaya capai. Ilmu asas tapi kalau diamalkan setiap hari, mesti boleh dapat juga apa yang diimpikan.

The Richest Man in Babylon – wajib baca

Buku ini aku tak pernah jumpa lagi di Malaysia.

Kawan yang belikan ini sebagai hadiah pun beli dekat Amazon.com

Memang aku terharu dan gembira sungguh sebab memang ada dalam niat, nak cari buku ni. Sebab aku suka buku dan aku tahu, buku ini antara buku yang aku wajib baca.

Walaupun sedikit terlambat, aku yakin, ilmu pengurusan duit yang diceritakan berdasarkan kisah orang-orang Babylon ini sangat penting untuk dibiarkan.

Kalau ada yang berminat, mungkin aku akan terus ulas satu persatu isi kandungan dalam buku ni. Kita boleh belajar sama-sama.

Ada yang nak aku tulis?