7 Penawar Dompet Nipis Yang Mudah

7 penawar dompet  nipis atau Seven Cures to A Lean Purse.

Itu antara konsep mudah yang ada dalam buku The Richest Man in Babylon. Dan ilmu ini sebenarnya dah diajar oleh ramai orang sejak dulu lagi.

Cuma tak ramai nak ambil perhatian atau amalkan.

Sebab tu, tak mengejutkan bila kajian BNM pada tahun 2015 kata, 3 daripada 4 orang rakyat Malaysia, tak mampu pun simpan RM1,000 untuk tujuan kecemasan.

7 penawar dompet nipis

Dalam buku The Richest Man in Babylon tulisan George S Classon, ini antara tujuh penawar yang semua orang boleh cuma amalkan dalam hidup.

Sama ada belum dapat kerja, sudah bekerja atau hampir nak bersara, ilmu ini sepatutnya dipelajari dan diamalkan.

Ini dalam tulisan asal:

  1. Start thy purse to fattening
  2. Control thy expenditures
  3. Make thy  gold multiply.
  4. Guard thy treasures from loss.
  5. Make of thy your dwelling a profitable investment.
  6. Insure thy future income.
  7. Increase thy ability to earn.

7 penawar dompet nipis

Start thy purse to fattening

Ini ilmu pertama dalam usaha untuk jadi kaya. Sebenarnya tak susah pun nak cipta kekayaan kalau ada ilmu yang betul. Dan sanggup cari ilmu yang ada.

Ilmu pertama adalah- simpan 10% daripada pendapatan kasar yang kita dapat setiap bulan. Tak kisah berapa pun pendapatan kita, kita kena cuba untuk simpan tak kurang daripada 10%.

Kenapa perlu simpan?

Inilah modal untuk kita mulakan pelaburan. Walaupun kita sekarang ada banyak hutang, cuba untuk simpan 10% ini.

Kita kerja siang dan malam. Keluar rumah dari subuh. Balik rumah pun dah gelap. Sepatutnya, orang pertama yang kita bayar dengan gaji kita adalah diri sendiri.

Bukan orang lain. Bukan bank.

Jadi, tak timbul soal kita tak boleh kaya. Apa yang kita perlu buat adalah untuk mula menyimpan pendapatan kita setiap bulan. Barulah dompet boleh jadi gemuk(fattening).

Control thy expenditures

Selepas berjaya menyimpan 10% atau 1 per sepuluh pendapatan kita setiap bulan, kenalah belajar kawal perbelanjaan.

Perbelanjaan kena kawal supaya kita tak perlu guna duit yang kita simpan tadi. Kalau tak, kita akan kekal pada tahap yang sama. Orang yang amalkan pasti akan lebih berjaya.

Kena mula lihat semua perbelanjaan.  Kenal pasti yang mana keperluan dan kemahuan. Orang kaya, dia jadi semakin kaya sebab dia hanya berbelanja apabila perlu.

Ada petua daripada seorang yang berjaya, Tuan Norizan bin Shariff. Atau dekat Twitter, orang kenal beliau sebagai Nobisha.

Beliau kawal belanja sampai mampu bersara awal. Prinsip beliau, belanja bawah kemampuan. Bukan dalam kemampuan. Kalau mampu belanja RM10, beliau hanya belanja RM2. Selebihnya disimpan.

Ambil kertas dan pen. Rekod belanja setiap hari selama 3 bulan. Setiap sen perlu direkod. Dan lihat balik. Pasti ada ruang untuk kawal perbelanjaan.

Make thy gold multiply

Orang kaya menjadi semakin kaya sebab dia laburkan duit yang dia ada. Dan dia laburkan semua hasil yang diperolehi.

Gold ini adalah duit yang kita simpan. Untuk jadi kaya, atau paling tidak, hidup selesa sewaktu bersara nanti, kita kena belajar gandakan duit simpanan.

Contohnya, anda bergaj RM2,000 setiap bulan. Anda simpan RM200 iaitu 10% daripada pendapatan. Dalam setahun anda berjaya kumpul RM2,4000.

Katakan anda letak dalam Tabung Haji dan dapat dividen 5%.

Simpanan anda dalam TH dah berjumlah RM2,520.

Jika anda konsisten menyimpan jumlah sama setiap bulan dan tak sentuh langsung dividen yang dapat, pasti jumlah dia akan bertambah selepas 10 tahun.

Sebab, anda gunakan duit simpanan dan dividen yang ada untuk jana lagi banyak wang. Inilah cara yang orang kaya amalkan. Selalu gandakan wang yang ada.

Bukan habiskan semua wang yang ada.

Guard thy treasures from loss

Saya tahu, ramai orang nak kaya. Dia simpan duit. Bila cukup tempoh, simpanan dia cukup untuk melabur dan gandakan lagi harta yang ada.

Masalah timbul bila dia melabur dalam skim cepat kaya. Atau skim cepat miskin sebenarnya. Habis semua simpanan dia selama ini hangus. Hilang sekelip mata. Nak simpan, makan tahun lamanya.

Bukan dalam skim yang dikawal selia kerajaan.

Selain itu, dia dapatkan nasihat pelaburan daripada orang yang tak mahir.

Anda nak belajar jadi tukang gunting rambut, anda mestilah cari seorang tukang gunting rambut untuk ajar anda ilmunya. Bukan pergi menuntut dengan tukang kasut.

Itulah analoginya.

Cari orang yang mahir atau memang biasa melabur dalam satu-satu skim. Bukan cari yang langsung tak pernah melabur atau yang merapu macam ejen skim cepat kaya.

Make of thy dwelling a profitable investment

Dwelling adalah rumah.

Setiap orang mahu ada rumah sendiri. Dan memang miliki rumah sendiri adalah satu benda penting. Semua orang kena belajar cara dapatkan rumah sendiri.

Rumah sendiri lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Cuma, dengan harga rumah semakin tinggi, kita kena cari ilmu macam mana nak beli rumah yang kena dengan pendapatan sendiri.

Ukur baju di badan sendiri, orang kata.

Ramai orang yang sudah buat seminar, tulis buku tentang cara beli rumah lelong, subsale dan sebagainya. Ilmu ini penting supaya semua orang tahu macam mana nak beli rumah.

Dan lagi penting, rumah apa yang sesuai dengan gajinya dan macam mana cara untuk dapatkan rumah idaman.

Insure thy future income

Bukan semua orang pandai berniaga. Ramai yang lebih sesuai kerja makan gaji. Kebanyakan orang Malaysia adalah pekerja swasta dan hanya ada KWSP sebagai tabungan persaraan.

Saya dah lihat sendiri bagaimana pesara yang ada simpanan RM100,000 selepas bersara, habis dalam masa kurang 2 tahun.

Sedangkan Jabatan Statistik Malaysia kata, purata umur lelaki dan perempuan adalah 72 tahun dan 77 tahun.

Kalau semua orang bersara pada usia 60 tahun, ada lebih kurang 12 tahun atau 17 tahun untuk hidup.

Waktu ini, belanja harian tetap kena ada. Tak semua orang ada anak-anak yang bergaji besar. Kalau dia bergaji besar pun, dia sendiri ada komitmen kewangan. Mesti payah dia nak beri wang belanja yang banyak.

Sebab tu, semua orang kena melabur untuk persaraan.

Tak semua orang cukup sihat untuk bekerja selepas bersara. Kalaupun sihat, dah sampai masa untuk berehat.

Increase thy ability to earn

Secara teori, semuanya mudah. Tapi, nak cari duit ini perlukan kemahiran.

Kemahiran pun kena sentiasa ditingkatkan. Barulah mudah untuk dapat lagi banyak duit.

Kalau anda kerja makan gaji, kena sentiasa belajar untuk jadi lebih baik. Kena rajin pergi kursus atau sambung belajar. Bila kelayakan atau skil meningkat, barulah mudah untuk minta naik gaji.

Kenaikan gaji itu boleh jadi modal untuk beli rumah-rumah pelaburan.

Atau, mungkin belajar kursus buat kek, kursus menjahit dan sebagainya.

Skil ini boleh jana pendapatan tambahan. Dan inilah modal untuk gandakan lagi pelaburan supaya anda boleh beli apa saja yang anda nak.

Atau, untuk bersara dengan selesa apabila tiba masanya.

Kunci dia adalah ilmu. Kena cari ilmu, kemahiran baru supaya boleh dapat pendapatan lagi banyak.

Itulah kemahuan semua orang.

 

The Richest Man in Babylon – Ilmu Urus Duit

The Richest Man in Babylon antara buku yang aku cukup suka. Oh ya, selain suka minum air, aku suka baca buku. Ini salah satu hiburan untuk aku.

Satu hari, aku tulis status Facebook tentang hari jadi aku tak lama lagi. Dan, bagi yang kenal aku, hadiah buku antara hadiah bermakna kalau nak beri.

Sebulan kemudian, ada kawan yang aku hanya kenal dalam Facebook berikan buku ini sebagai hadiah. Memang aku gembira sungguh. Macam budak-budak yang baru dapat mainan idaman.

The Richest Man in Babylon

Buku The Richest Man in Babylon ini sebenarnya dah lama. Asalnya ditulis dalam bentuk newsletter oleh George C Classon pada 1926. Untuk ajarkan pada orang, ilmu tentang duit.

Ilmu mencari duit, menguruskan duit dan mengembangkan duit. Ilmu dalam buku sangat asas. Dia guna bahasa Inggeri lama. Mungkin susah sikit nak faham tapi ilmu dalam buku ni, kalau diamalkan, bolehlah selesai masalah poket yang sering kosong dan menipis.

Antara ilmu utama dalam buku ni adalah Seven Cures to A Lean Purse.

Ilmu duit kena belajar

Kita semua tak diajar sangat tentang pengurusan kewangan yang betul. Kalau ada, mungkin selepas dah terjerat dengan masalah hutang yang menimbun.

Aku tak pasti silibus sekarang.

Zaman aku sekolah, tak banyak ilmu pengurusan kewangan diberikan. Persekitaran pun tak ada galakan untuk belajar uruskan duit. Hanya diajar cara untuk belajar sungguh-sungguh, dapatkan diploma dan ijazah supaya dapat kerja yang bagus akhirnya.

Tak diajar bagaimana mengatur perbelanjaan dengan baik.

Apa lagi ilmu mengembangkan duit tu supaya boleh jadi kaya macam orang lain.

Buku ni ajar cara asas nak urus duit supaya satu hari nanti, boleh juga capai apa yang orang kaya capai. Ilmu asas tapi kalau diamalkan setiap hari, mesti boleh dapat juga apa yang diimpikan.

The Richest Man in Babylon – wajib baca

Buku ini aku tak pernah jumpa lagi di Malaysia.

Kawan yang belikan ini sebagai hadiah pun beli dekat Amazon.com

Memang aku terharu dan gembira sungguh sebab memang ada dalam niat, nak cari buku ni. Sebab aku suka buku dan aku tahu, buku ini antara buku yang aku wajib baca.

Walaupun sedikit terlambat, aku yakin, ilmu pengurusan duit yang diceritakan berdasarkan kisah orang-orang Babylon ini sangat penting untuk dibiarkan.

Kalau ada yang berminat, mungkin aku akan terus ulas satu persatu isi kandungan dalam buku ni. Kita boleh belajar sama-sama.

Ada yang nak aku tulis?

Pasang Cuckoo Iris Top Water Purifier Sebelum Raya

Water purifier adalah alat nak buang benda-benda tak diperlukan dalam air. Bakteria, kotoran, debu dan sebagainya. Kita tahu air yang datang dalam paip dari loji ke rumah, belum sepenuhnya bersih dari kotoran. Paip juga dari tahun ke tahun, makin kotor dan berkarat.

Jadi, itu sebab kena ada water purifier. Nak buang semua elemen ni dan beri air bersih untuk diminum. Apa lagi nak bancuh susu anak, nak guna buat memasak dan sebagainya.

Ia semua berkaitan dengan kesihatan diri dan keluarga.

Pasang sebelum raya

Bulan depan dah masuk Ramadan. Kemudian dah masuk bulan Syawal. Antara bulan-bulan di mana kaum ibu banyak berada di dapur untuk memasak. Untuk berbuka puasa dan kemudian, untuk menjamu para tetamu.

Nak masak nasi, air bersih elok diguna. Air yang tak ada kotoran, habuk dan sebagainya. Nak buat susu anak, nak bancuh air untuk saudara-mara yang datang.

Jenuh kalau nak masak air setiap hari.

Dah masak air, nak tunggu dia sejuk sikit baru boleh minum. Atau letak dalam peti sejuk untuk minum air sejuk. Bila agak dah cukup lama, buka peti sejuk, tengok orang lain dah habiskan. Lagi panas hati, dia tak isi semula air tu.

Bila dah masuk Syawal, adik-beradik ramai yang balik ke kampung. Atau datang melawat ke rumah. Banyak tu pakai air sejuk. Yelah, nak bancuh kordial. Kordial aje ada bermacam jenis. Haha!

Sebab tu elok ada satu water purifier.

Senang kerja para ibu yang dah berkorban setiap hari.

Kombo Cuckoo Iris Top Water Purifier dan C-Model Air Purifier

Kaum ibu ni satu lagi hebat dia, dia suka spend satu jumlah duit untuk dapat dua benda dalam satu masa. Bijak membeli katanya.

Sebab tu wujud kombo Cuckoo Iris Top dan C-Model.

Iris Top adalah water purifier. Jadi, bolehlah dapatkan air bersih untuk satu keluarga. Tekan aje dah keluar air panas atau air sejuk. Tak perlu nak susah payah masak air atas dapur atau letak air dalam peti sejuk. Tak perlu risau orang minum air sejuk kemudian tak isi semula.

kombo cuckoo iris top water purifier dan c-model air purifier dan percuma car purifier bernilai RM600

 

Ada child lock supaya anak-anak tak sembarangan tekan. Nanti terkena air panas, satu hal pula nak ke hospital.

Selain ada air panas dan sejuk, ada juga air pada suhu bilik. Jadi, sesuai untuk semua orang dalam rumah.

C-Model Air Purifier pula sesuailah untuk kaum ibu yang sayangkan keluarga. Nak udara yang bersih, berkualiti dalam rumah.

Tahu ajelah. Kalau buka pintu aje, macam-macam habuk dan debu yang masuk. Kalau siapa yang duduk apartment, setiap kali buka pintu balkoni tu, cuma tengok bawah karpet. Mesti penuh debu. Itu jugalah keadaan udara dalam rumah.

Sebab tu anak-anak senang dapat sakit.

Ibu dan ayah pun senang sakit. Seharian dalam air-cond, balik rumah, udara tak bersih. Memang cepat lemah tubuh badan.

C-Model Air Purifier ni berfungsi untuk buang gas kotor dan berbahaya. Jadi, ia tinggalkan gas yang berguna saja dalam udara. Penting untuk pernafasan anak-anak yang sedang membesar.

Stok terhad

Barang baik tak selalunya ada. Kalau ada, stok pula terhad.

Itu normal apabila semua orang mahukan yang terbaik untuk keluarga. Dan, kombo ni memang murah. Dua benda dalam satu harga yang mampu milik. Dapat air dan udara yang bersih untuk keperluan keluarga.

Dan, orang yang bijak selalunya dia bertindak cepat.

Antaranya, dia Whatsapp terus ke 016-2709425  untuk dapatkan kombo Iris Top dan C-Model. Dan percuma satu car purifier bernilai RM600.

kombo iris top water purifier dan c-model air purifier dan percuma car purifier bernilai RM600

Dan orang bijak tahu kenapa dia perlu pilih Cuckoo:

  1. Tak perlu bayar deposit
  2. Tak perlu bayar yuran pemasangan
  3. Proses pendaftaran yang mudah

 

Tamatlah riwayat Coway

Tamatlah riwayat Coway…

Suspense.

Bukan. Coway masih lagi wujud di Malaysia. Masih beroperasi. Cuma aku sudah tamatkan langganan Coway dan beralih arah ke Cuckoo. Satu lagi jenama water purifier yang ada dekat Malaysia ni. Sebenarnya, ada banyak lagi jenama yang ada. Dua jenama ni yang paling orang kenal dan banyak dijual.

 

Bagaimana bermula dengan Coway?

model coway

Semuanya bermula dua tahun lepas. Mak aku tanya, bolehke dia nak pasang Coway dekat rumah di kampung. Dan, setujuke kalau aku bayarkan untuk dia setiap bulan. Aku iyakan sahaja. Sebab dia cakap, senang kerja dia. Tak perlu nak masak air panas. Bila sejuk, tak perlu nak bertukar bekas. Dengan Coway, dia picit sahaja. Terus boleh minum.

Memikirkan  dia pun tak berapa sihat nak buat kerja-kerja dapur. Aku setuju dengan idea ini.

Proses pesanan dan pemasangan tu aku skip. Itu kau boleh tanya mana-mana ejen Coway. Haha! Apapun, mak gembira selepas ada Coway. Bila mak gembira, aku pun senang hati. Adik-beradik yang balik sekali-sekala pun senang nak buat susu untuk anak. Aku sendiri pun memang kuat minum air putih.

Kenapa Cuckoo?

bertukar kepada cuckoo

Aku terbaca dalam satu blog tentang proses tamatkan langganan Coway. Jadi, aku cubalah buat panggilan. Rupanya, aku sudah langgan selama 2 tahun. Jadi, kalau nak terminate, boleh buat tanpa sebarang denda. Cuma perlu bayar apa-apa caj bulanan yang tertunggak. Jadi, aku teruskan proses tamatkan langganan ni.

Memandangkan mak masih perlukan water purifier macam ni, aku cubalah buat survey. Baru teringat, kawan lama zaman diploma pun adalah ejen Cuckoo. Jadi, setelah ber-whatsapp panjang lebar, aku buat keputusan untuk ambil King Top. Bayaran bulanan juga 50% lebih murah daripada model Coway sebelum ni.

Oklah tu. Sihat untuk tubuh badan dan poket aku. Haha!

Jadi, aku mulakan proses melanggan Cuckoo dengan kawan aku ni. Proses dia tak adalah rumit mana. Beri sahaja maklumat yang dia nak. Semuanya melalui Whatsapp. Mudah betul berniaga zaman sekarang. Dan sehari selepas itu, HQ-nya sudah telefon aku untuk aturkan pemasangan. Pantas betul bekerja.

Ini aku suka.

Paling penting, mak masih lagi dapat guna. Masih dapat air panas dan sejuk tanpa perlu bersusah-payah. Dan, itu sahajalah yang aku nak. Nak dia gembira. Walaupun nilai duit tak seberapa, kemudahan dia yang aku fikirkan. Dia pun tak berapa sihat. Kena sentiasa cukup air putih. Ada orang panggil air masak. Apa-apa sajalah. Asalkan air.

Dan, begitu jugalah bagaimana aku buat keputusan untuk sertai Cuckoo. Sebab aku percaya, ramai anak-anak yang cari jalan nak bantu ibu dan ayah di kampung tapi tak banyak sumber kewangan. Inilah satu cara bagaimana nak balas budi mak ayah. Walaupun nilainya kecil, ingatan tu yang penting.

Pada sesiapa yang nak langgan Cuckoo untuk mak di kampung, boleh Whatsapp  aku di 016-270 9425